rugi buat sorang sorang

|
seusai berselawat

pak bilal memberikan tongkat kepada pak imam

pak imam melangkahkan kaki menaiki mimbar khutbah

pak imam menyampaikan pesanan mengajak kepada taqwa

terus

pak imam menyoroti isi khutbah

berkaitan kepentingan solat berjemaah.






seusai solat jumaat

saya mengimbas kembali akan apa yang dipesan pak imam dalam khutbah tadi

ya

berkaitan solat jemaah

lantas saya terkenang akan arwah abah

terima kasih arwah abah

engkau selalu menitipkan pesan kepada anakmu supaya utamakan solat secara berjemaah

engkau memberikan pesan dan engkau pun mengamalkan apa yang dipesan itu.

"rugi buat sorang sorang" kata abah kepada saya.



saya masih ingat ketika bersama arwah abah dulu,

abah selalu bawa saya travel ke surau dan masjid di sekitar rumah

untuk dengar pengajian dan sama sama berjemaah.


kekadang abah buat solat hajat di rumah

ajak ma (ibu saya) dan anak anak sekali.

awas jangan bising kalau nak solat

nanti abah akan marah.


kekadang abah solat subuh hari jumaat di rumah

baca surah as sajadah

abah tak hafal surah itu

tapi abah pegang al quran sambil solat.


bilamana saya nak berpisah dengan abah ketika mendaftarkan diri ke sekolah berasrama penuh dahulu...

abah tetap dengan pesannya,"solatlah secara berjemaah,jangan tinggal.rugi buat sorang sorang"


terima kasih abah
pesananmu itu ada memberi kesan kepadaku.









http://www.scribd.com/doc/7872994/Kelebihan-Solat-Berjemaah-Menurut-Teori-Fizik

0 comments:

Post a Comment