belum terlambat

|





ya betul


saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri.



kita bertuah masih diberi ruang dan peluang untuk terus menghirup udara syawal ini...


jadi

ayuh

kita jadikan syawal,zulkaedah dan bulan bulan yang mendatang diisi dengan perkara bermanfaat..

ditaburi dengan benih benih kebaikan...untuk dituai di hari kemudian

proses pelajaran di university of ramadhan yang lalu patut diteruskan secara menerus dalam bentuk praktikal..


hanya kita dan Allah yang tahu: samada kita gembira atau tak dengan ramadhan yang lalu. samada kita merindui atau tak untuk berjumpa dengan ramadhan yang akan datang.


amat rugi andainya kita telah menjahit sehelai baju,tetapi kita ceraikan kembali kepada lembaran lembaran benang....

begitu juga dengan ramadhan...

amat rugi andai kita membiarkan diri kita ini kembali kosong ,setelah mana kita isi dengan sarat di bulan ramadhan..

amat rugi andai di bulan ramadhan kita bisa membaca al quran dan solat sunat berbilang rakaat,tetapi kita terus menyorok al quran di laci almari tanpa disentuh apatah lagi dibaca selepas ramadhan berlalu....


kekalkan rekod bersih kita di bulan ramadhan,
andai ada kelopongan atau kecacat celaan di ramadhan lalu,
maka tampallah ia dengan segera.


ayuh kita luruskan dan murnikan niat dalam beramal..
amal kerana Allah,bukan kerana satu bulan iaitu ramadhan.


moh,raikan kemenangan di syawal ini dengan sebenar benar sambutan.

0 comments:

Post a Comment