ini selesema punye celite....

|

accchommm....

kedengaran seseorang tengah bersin di satu sudut

tiba tiba..

achhhooooommm..

ini lagi kuat bersinnya,dari orang yang berbeza..

sekarang ni orang apabila dengar saja orang bersin,kalau boleh dia nak jauhkan diri dia dari orang yang bersin tu..

almaklumlah
bersin,achhoomm,dan selsema ni adalah perkara yang sensitif kebelakangan ni..


la ni,
orang masing masing nak protect diri dia dari terkena jangkitan H1N1.

apa benda H1N1 tu?

itulah virus yang membawa wabak selsema babi.



Selsema babi menjadi kebimbangan dunia.
Malaysia sendiri walaupaun pada awal tiada kes kematian dilaporkan,tetapi kini kematian mencecah angka 80 orang.
agak mendadak kes yang berlaku di Malaysia.


Jadi
ini selesema punye celite...


selsema
merupakan satu penyakit
dan penyakit mahupun kematian merupakan satu bentuk ujian daripada Allah.

apabila kita belajar sejarah,wabak penyakit bukan satu yang asing .
islam pun ada memberi peringatan dan kaedah mahupun peraturan dalam mengawal pnyakit berjangkit ini..



misalnya,pada zaman Khalifah Umar Al Khattab,satu penyakit taun yang dashat telah merebak iaitu pada tahun 18 hijrah.

70 ribu orang meninggal dunia dalam tempoh beberapa hari,ada yang mengatakan 3 hari...

'taun amawas' itu lah nama penyakit ni.nama ini bersempena dengan satu tempat di palestin,tempat berlakunya taun ini.

beberapa orang sahabat yang senior antaranya Muaz bin Jabal,Abu Ubaidah bin Al Jarrah, dan Yazid bin Abu Suffian telah meninggal asbab taun ini...

jadi,
wabak penyakit yang merebak pada masa kini bukanlah sesuatu yang baru.
nagara kita yang kita sayangi ini pun pernah dikejutkan dengan virus Nipah pada tahun 1999,juga berpunca dari babi.

105 meninggal dunia dan bab sekitarr sejuta ekor telah dihapuskan asbab virus Nipah ini.


Jadi,
sekali lagi dan untuk kali kali yang akan datang,
kita melihat ini dari sudut mata hati...

umat islam hendaklah menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal ,agar kekotoran yang boleh menyumbang kepada penyakit dapat dihapuskan.

alangkah baik juga kebersihan jasmani yang dititikberatkan ini didokongi dengan kebersihan rohani...

dalam islam sendiri,aspek penyucian ini dititikberatkan.
andai orang orang di barat mahupun di timur membasuh tangan sebelum makan dan sebelum menyentuh sesuatu,
bukankah kita juga kita dituntut membasuh tangan higga ke siku ketika ingin berwuduk.

namun,ramai tidak menyedari hakikat ini,
ada hikmah di sebalik ibadat yang kita kerjakan.
kita berwuduk menjadikan diri kita hampir kepada kebersihan..

tetapi,bagi siapa yang tidak berwuduk adakah diri mereka dianggap bersih?

tepuk dada tanya IMAN

0 comments:

Post a Comment