bibir mereka yang menuturkan (1)

|

assalamualikum..
sekadar berkongsi butir butir perkataan yang pernah melintasi organ telinga saya dahulu.
bibir mereka yang menuturkan.mereka yang bergelar al akh.menuturkan kata penuh hikmah.

"dai'e mesti ingat bahawasanya kitab amalan kita akan diberikan berdasarkan individu.justeru, dalam apa yang kita buat, buatlah sehabis baik.supaya kitab amalan kita masing masing terkandung perkara yang baik." al akh amzar hafifi


"murabbi yang hebat adalah yang mampu melahirkan beberapa lagi murabbi yang hebat. dan ia adalah kurnian Allah." al akh sahrularifin.

"pemuda itu berani" al akh nukman.

"semuanya berbalik kepada sikap.sejauh mana ikhwah memandang kepentingan aktiviti dakwah walaupun ia sekadar riadah" al akh khir azril.

"cuba renungkan,cendekiawan silam Imam Syafie , Ibnu Sina dan banyak yang lain, walaupun sudah lama meninggalkan kita tapi nama mereka masih harum hingga kini.ketahuilah antara rahsianya adalah kerana mereka ada ikhlas" al akh iskandar.

"dai'e tidak harus mengabaikan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa.bukankah kita bercita cita untuk dakwah kepada keluarga sendiri juga." al akh firdaus.

kembali bertemu

|
dengan izin Allah, kembali bertemu...

Kasihnya Islam Pada Wanita (1)

|
Assalamualaikum

Kita berjumpa lagi.

Ketika saya menulis post ini, Alhamdulillah Allah berikan sedikit kelapangan.Masa amat pantas berjalan.
Samada sedar atau tidak, bagi saya sendiri minggu ini adalah minggu kelima kuliah berjalan di universiti saya.
Minggu lepas berjalan dengan jadual yang agak padat.Banyak perkara yang perlu diselesaikan.


Gerak kerja di medan,assignment dan study, perangkaan bisnes, dan macam macam hal yang bersifat peribadi berlingkar berlingkar di kepala.Semuanya menuntut satu komitmen yang tinggi.

Mudahan Allah memilih saya untuk tegar di jalan kebaikan.

Pada Rabu lepas, saya ke Seremban atas urusan peribadi.Berangkat ke sana seusai saja tamat lecture Genetik dari Dr. Christina. Hari itu,agak lewat saya pulang ke kampus sehingga saya terpaksa menyerahkan satu tanggungjawab saya pada setiap Rabu malam kepada sahabat saya bersendirian.

Memandu di sekitar Seremban ketika mana menuju ke destinasi yang dihajat membuatkan saya berfikir sejenak lantas timbul monolog “macam macam ragam perempuan muslim zaman sekarang”.Maaf kalau saya selitkan di sini ada saja pempuan muslim yang menghisap rokok,berpakaian menjolok mata dan bertepuk tampar dengan lelaki yang tidak sepatutnya bagi mereka.Itu pengalaman di Seremban.

Hujung minggu (Ahad) lalu,kereta viva saya meluncur lancar menuju ke university tertua di Malaysia.Bersama seorang sahabat saya berkesempatan berjumpa dengan beberapa orang sahabat lain.

Alhamdulillah, misi di sana berjaya diselesaikan. Sebelum berangkat pulang, kami berdua sempat mengisi perut untuk bekalan tenaga. Di cafeteria yang harga makanannya agak murah berbanding di tempat kami, saya dihidangkan dengan satu babak berkisar tentang perempuan.

‘pewwitt’ antara perkataan yang keluar dari beberapa lelaki yang tengah lepak bersama.Maaf sekali lagi, lelaki lelaki ini dengan seronok menyakat perempuan perempuan yang lalu lalang di sekitar itu. Sekali lagi saya bermonolog” inikah nasib wanita?” menjadi bahan gurauan sesetengah lelaki.

Apapun,akan saya sambung post ini di kemudian hari.Azan maghrib tengah dilaungkan.Insyaallah kita jumpa lagi dalam Kasih Islam Pada Wanita (2)

renungan buat pemimpin muslim ( tidak mengira parti politik)

|
• NASIONAL
Pemimpin Pas abai solat jemaah ditegur
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my
Nik Aziz kecewa ketua masyarakat gagal tunjuk ciri keislaman

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam melahirkan rasa kesal serta kecewa terhadap sikap pemimpin parti itu yang gagal menunjukkan ciri keislaman, seperti dilaungkan parti berkenaan.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajud.

"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali seminggu dan tahajud berapa kali dalam sebulan.

"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

"Dalam lebih 200 soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja, sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajud, lagi rendah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berucap demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, semalam.

Hadir sama timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Pada majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.

Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan teladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat.

"Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.
Sehubungan itu, beliau akan melaksanakan kaedah berkenaan kepada penghulu di negeri ini

Jalan Juang

|
Jalan Juang
Album :
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com


Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh
sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah Al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu
Jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah
Sekedar mimpi
Namun janji Allah
Yang Haq dan pasti...!!

sejenak : bila cinta Allah meresap dalam jiwa

|

bila cinta Allah meresap dalam jiwa....


segala ketenangan diraih bila banyak mengingatiNya,

semua cita dan hasrat disandarkan kepadaNya,

sentiasa merasa untuk dekat kepadaNya,
melazimi kalimah Alhamdulillah bila dikunjung nikmat,
sabar mengucap Innalillah wailaihi raji'un bila diuji musibah,
dan mengharap satu perjumpaan agung bersamaNya kelak..

Hikmah Gunung Batu Putih

|


Hari ini saya mula menyambung kembali coretan saya dalam blog ini.

Hari ini 25 Muharram bersamaan 11 Januari 2010. Bermakna sudah 25 hari kita menyambut tahun baru hijrah dan 11 hari tahun baru masihi.

dan, saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua.

dan , apabila bercakap tentang tahun baru,kita terlepas daripada bercakap tentang azam baru ataupun perubahan perubahan yang ingin dilakukan.

kesempatan menghadiri satu program bersama beberapa orang sahabat pada hujung minggu yang lalu sedikit sebanyak membantu saya dalam membulatkan tekad dan menanam iltizam.

seminggu sebelum menghadiri program ini, saya juga bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk ke satu program di selatan negeri Perak sebagai jemputan. saya berangkat ke sana dengan menaiki kereta viva yang banyak berjasa pada saya. dan,sebagai seorang jemputan , banyak yang saya dapat dari program tersebut.

dan, pada cuti semester yang lepas, walaupun saya baru saja baik dari demam demam dan selesema, saya gagahkan juga diri ini untuk ke negeri Perak untuk bersama sahabat semedan untuk menjayakan satu ekspedisi...........

.........iaitu ekspedisi menawan Gunung Batu Putih.

Perancangan ekspedisi ke antara pucak gunung tertinggi di semenanjung ini telah lama dibuat terutamanya bagi sahabat sahabat saya yang terlibat sebagai urusetia.

Gunung Batu Putih banyak menyedarkan saya akan kelemahan diri ini.Menginsafkan diri ini bahawa kita sentiasa memerlukan Allah.

Pedakian selama lebih kurang 11 jam bermula dari base camp hingga ke puncak cukup memberikan pengalaman baru bagi saya.

saya mengakui bahawa saya ada kepenatan dan kekejangan otot. tapi saya tetap optimis untuk selamat sampai ke puncak dan selamat pulang.

kesempatan di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat sahabat seekspedisi yang banyak membantu saya.memberi bantuan dari sudut fizikal dan moral.
' jazakallah khairan kathira'

anda sememangnya permata di hati saya.



pulang dari batu putih(iaitu pada 1 Muharram )saya memikirkan bahawasanya banyak perubahan yang perlu saya lakukan. semuanya berkisar tentang pemantanpan hablumminallah dan pemurnian hablumminannas.

semoga tahun baru ini memberi nafas yang baru kepada saya.

kepada sahabat sahabat sekalian. maafkan atas kesalahan saya yang lampau.anda mungkin mengetahui kelemahan dan kelebihan diri saya.bantulah saya untuk meningakatkan potensi dan prestasi.



Dari Abu Hurairah r.a berkata , Rasulullah s.a.w bersabda "di antara ciri sempurnanya keislaman seseorang adalah meninggalkan apa apa yamg tidak bermanfaat baginya."




(riwayat at tirmidzi)