
kini
saya mula mengesaki sesuatu
dukacitanya saya kini mula mengesaki bahawa berat badan saya kini bertambah
badan mula berisi
mugkin saya kini makin berselera dengan makanan makanan
ataupun saya kini kurang bersukan.
apapun , kesempatan bersama seorang sahabat sebentar tadi
ada meninggalkan kesan kepada diri saya
sahabat saya itu ada menunjukkan satu buku karangan imam al ghazali
berkaitan bagaimana nak mengawal hawa nafsu.
saya menyoroti buku tersebut.

salah satu perkara yang ditekankan ialah berkaitan nafsu makan
antara yang diselitkan dan sempat diringkaskan oleh sahabat saya itu adalah berkaitan 10 manfaat lapar :
PERTAMA : menjernihkan hati ,mencerdikkan otak menerangi penglihatan hati
KEDUA : menemukan kelazatan ketekunan dan pengaruh zikir
KETIGA : merasa diri kekurangan, lemah (memerlukan pertolongan dari Allah )
KEEMPAT : tidak lupa akan azab/ bala Allah
KELIMA : mematahkan keinginan nafsu terhadap maksiat
KEENAM : menghalang diri dari banyak tidur tapi banyakkan berjaga
KETUJUH : memudahkan ketekunan dalam ibadah
KELAPAN : sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit
KESEMBILAN : keringanan pembelanjaan hidup
KESEPULUH : berpeluang bersedekah dan mengutamakan orang lain

0 comments:
Post a Comment