renungan buat pemimpin muslim ( tidak mengira parti politik)

|
• NASIONAL
Pemimpin Pas abai solat jemaah ditegur
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my
Nik Aziz kecewa ketua masyarakat gagal tunjuk ciri keislaman

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam melahirkan rasa kesal serta kecewa terhadap sikap pemimpin parti itu yang gagal menunjukkan ciri keislaman, seperti dilaungkan parti berkenaan.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajud.

"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali seminggu dan tahajud berapa kali dalam sebulan.

"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

"Dalam lebih 200 soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja, sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajud, lagi rendah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berucap demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, semalam.

Hadir sama timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Pada majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.

Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan teladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat.

"Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.
Sehubungan itu, beliau akan melaksanakan kaedah berkenaan kepada penghulu di negeri ini

0 comments:

Post a Comment