Kasihnya Islam Pada Wanita (1)

|
Assalamualaikum

Kita berjumpa lagi.

Ketika saya menulis post ini, Alhamdulillah Allah berikan sedikit kelapangan.Masa amat pantas berjalan.
Samada sedar atau tidak, bagi saya sendiri minggu ini adalah minggu kelima kuliah berjalan di universiti saya.
Minggu lepas berjalan dengan jadual yang agak padat.Banyak perkara yang perlu diselesaikan.


Gerak kerja di medan,assignment dan study, perangkaan bisnes, dan macam macam hal yang bersifat peribadi berlingkar berlingkar di kepala.Semuanya menuntut satu komitmen yang tinggi.

Mudahan Allah memilih saya untuk tegar di jalan kebaikan.

Pada Rabu lepas, saya ke Seremban atas urusan peribadi.Berangkat ke sana seusai saja tamat lecture Genetik dari Dr. Christina. Hari itu,agak lewat saya pulang ke kampus sehingga saya terpaksa menyerahkan satu tanggungjawab saya pada setiap Rabu malam kepada sahabat saya bersendirian.

Memandu di sekitar Seremban ketika mana menuju ke destinasi yang dihajat membuatkan saya berfikir sejenak lantas timbul monolog “macam macam ragam perempuan muslim zaman sekarang”.Maaf kalau saya selitkan di sini ada saja pempuan muslim yang menghisap rokok,berpakaian menjolok mata dan bertepuk tampar dengan lelaki yang tidak sepatutnya bagi mereka.Itu pengalaman di Seremban.

Hujung minggu (Ahad) lalu,kereta viva saya meluncur lancar menuju ke university tertua di Malaysia.Bersama seorang sahabat saya berkesempatan berjumpa dengan beberapa orang sahabat lain.

Alhamdulillah, misi di sana berjaya diselesaikan. Sebelum berangkat pulang, kami berdua sempat mengisi perut untuk bekalan tenaga. Di cafeteria yang harga makanannya agak murah berbanding di tempat kami, saya dihidangkan dengan satu babak berkisar tentang perempuan.

‘pewwitt’ antara perkataan yang keluar dari beberapa lelaki yang tengah lepak bersama.Maaf sekali lagi, lelaki lelaki ini dengan seronok menyakat perempuan perempuan yang lalu lalang di sekitar itu. Sekali lagi saya bermonolog” inikah nasib wanita?” menjadi bahan gurauan sesetengah lelaki.

Apapun,akan saya sambung post ini di kemudian hari.Azan maghrib tengah dilaungkan.Insyaallah kita jumpa lagi dalam Kasih Islam Pada Wanita (2)

0 comments:

Post a Comment