Hikmah Gunung Batu Putih

|


Hari ini saya mula menyambung kembali coretan saya dalam blog ini.

Hari ini 25 Muharram bersamaan 11 Januari 2010. Bermakna sudah 25 hari kita menyambut tahun baru hijrah dan 11 hari tahun baru masihi.

dan, saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua.

dan , apabila bercakap tentang tahun baru,kita terlepas daripada bercakap tentang azam baru ataupun perubahan perubahan yang ingin dilakukan.

kesempatan menghadiri satu program bersama beberapa orang sahabat pada hujung minggu yang lalu sedikit sebanyak membantu saya dalam membulatkan tekad dan menanam iltizam.

seminggu sebelum menghadiri program ini, saya juga bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk ke satu program di selatan negeri Perak sebagai jemputan. saya berangkat ke sana dengan menaiki kereta viva yang banyak berjasa pada saya. dan,sebagai seorang jemputan , banyak yang saya dapat dari program tersebut.

dan, pada cuti semester yang lepas, walaupun saya baru saja baik dari demam demam dan selesema, saya gagahkan juga diri ini untuk ke negeri Perak untuk bersama sahabat semedan untuk menjayakan satu ekspedisi...........

.........iaitu ekspedisi menawan Gunung Batu Putih.

Perancangan ekspedisi ke antara pucak gunung tertinggi di semenanjung ini telah lama dibuat terutamanya bagi sahabat sahabat saya yang terlibat sebagai urusetia.

Gunung Batu Putih banyak menyedarkan saya akan kelemahan diri ini.Menginsafkan diri ini bahawa kita sentiasa memerlukan Allah.

Pedakian selama lebih kurang 11 jam bermula dari base camp hingga ke puncak cukup memberikan pengalaman baru bagi saya.

saya mengakui bahawa saya ada kepenatan dan kekejangan otot. tapi saya tetap optimis untuk selamat sampai ke puncak dan selamat pulang.

kesempatan di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat sahabat seekspedisi yang banyak membantu saya.memberi bantuan dari sudut fizikal dan moral.
' jazakallah khairan kathira'

anda sememangnya permata di hati saya.



pulang dari batu putih(iaitu pada 1 Muharram )saya memikirkan bahawasanya banyak perubahan yang perlu saya lakukan. semuanya berkisar tentang pemantanpan hablumminallah dan pemurnian hablumminannas.

semoga tahun baru ini memberi nafas yang baru kepada saya.

kepada sahabat sahabat sekalian. maafkan atas kesalahan saya yang lampau.anda mungkin mengetahui kelemahan dan kelebihan diri saya.bantulah saya untuk meningakatkan potensi dan prestasi.



Dari Abu Hurairah r.a berkata , Rasulullah s.a.w bersabda "di antara ciri sempurnanya keislaman seseorang adalah meninggalkan apa apa yamg tidak bermanfaat baginya."




(riwayat at tirmidzi)





0 comments:

Post a Comment